21,839 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 Mac – Kes jangkitan Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 21,839 berbanding 24,316 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,101,081.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh sekali lagi mengatasi kes jangkitan dengan merekodkan 22,324 kes menjadikan jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,819,299 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata, sebanyak 287 kes import dilaporkan iaitu melibatkan 271 warganegara dan 16 bukan warganegara manakala 21,552 kes tempatan termasuk 781 bukan warganegara.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 10,842 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,586 dan Pulau Pinang 1,277.

Sebanyak 291 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 142 kes disahkan Covid-19; 149 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) manakala 188 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 21,839 kes harian yang dilaporkan itu, sebanyak 9,401 kes (43.05%) adalah Kategori 1; 12,299 kes (56.31%) Kategori 2; 60 kes (0.28%) Kategori 3; 42 kes (0.19%) Kategori 4 dan 37 kes (0.17%) Kategori 5.

Daripada 139 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan sebanyak

32 kes (23.02%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 69 kes (49.64%) telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak (booster).

Sebanyak 38 kes (27.34%) telah menerima dos penggalak (booster); 81 kes (58.27%) berumur 60 tahun dan ke atas; 78 kes (56.12%) mempunyai komorbid; dan tiga kes (2.16%) adalah kes ibu mengandung.

Hanya satu kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 6,923 kluster tetapi 6,681 kluster telah tamat dan 242 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment