Setiausaha Agung DAP bidas Onn Hafiz

SEPANG 7 Jun – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai angkuh susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu yang menegaskan rela kehilangan jawatan berbanding duduk semeja dengan DAP.

Hakikatnya kata Menteri Pengangkutan itu Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi setiap minggu duduk bersebelahan dengan beliau dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP……Hebat! Teruskan keangkuhan kamu.
“Tapi, Presiden (UMNO) anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya…harap maklum…terima kasih!” katanya menerusi Facebook hari ini.

Loke turut memuat naik foto beliau bersama Ahmad Zahid pada mesyuarat Kabinet.

Terdahulu, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor berkata, beliau lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP.

Malah, katanya, BN Johor juga tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Related posts

Leave a Comment