Thailand catat 26,234 kes baharu

BANGKOK 26 Mac – Thailand merekodkan 26,234 kes baharu Covid-19 dengan 67 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,503,264 kes dan 24,715 meninggal dunia, demikian menurut Kementerian Kesihatan Awam.

Jumlah tersebut bagaimanapun tidak termasuk 21,697 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam.

Terdapat 26,123 kes dalam kalangan penduduk awam, 75 penghuni penjara dan 36 kes import di mana 26,068 dikesan di hospital manakala 55 ujian pengesanan.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan 67 kematian melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 98 tahun, dengan purata 70 tahun dan terdiri daripada 31 lelaki dan 36 wanita.

Sebanyak 65 orang melibatkan warga Thai dan dua lagi Myanmar.

Selain Bangkok merekodkan 12 kematian, turut mencatkan kes kematian adalah wilayah Selatan sebanyak 10 kes, Utara sembilan kes dan Timur Laut tujuh kes.

Bangkok merekodkan 3,128 kes, diikuti Nakhon Si Thammarat 1,356, Chon Buri 1,305,  Samut Prakan 875, Samut Sakhon 759, Songkla 727,  Nakhon Pathom 691, Roi Et 657, Nonthaburi 652 dan Phatthalung 581.

Kes import pula melibatkan 19 negara iaitu empat masing-masing dari Iran, Israel dan United Kingdom, tiga masing-masing dari Myanmar, Singapura dan Turki serta dua masing-masing dari Arab Saudi dan Jerman .

Pada Jumaat, sebanyak 250,265 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 1,615 kritikal dan 640 memerlukan bantuan ventilator.

Sebanyak 20,013 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,228,284.

Related posts

Leave a Comment