Sinovac: 2 juta bakal hilang status lengkap

KUALA LUMPUR 24 Mac – Berbaki seminggu lagi, menjelang 1 April, sekitar dua juta penerima dua dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Malaysia berisiko kehilangan status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata unjuran itu berdasarkan jumlah semasa penerima dos primer vaksin Sinovac yang masih belum mendapatkan dos penggalak. Justeru, beliau menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk mendapatkan segera dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing. “Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerima dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak. Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin…

Read More

Kes di Singapura kini 1,053,139

SINGAPURA 24 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 8,478‬ kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini melibatkan 8,304 kes tempatan dan 174 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,053,139. Sebanyak enam kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,226 orang meninggal dunia. Menurut MoH, sebanyak 7,125 adalah kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini terdiri daripada 150 kes import dan 6,975 jangkitan tempatan manakala 1,353 kes…

Read More

Tiada ujian saringan pintu masuk

KUALA LUMPUR 24 Mac – Pengembara tempatan atau warga asing yang memasuki negara bermula 1 April ini berikutan fasa peralihan ke endemik tidak lagi perlu melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara serta-merta di pintu masuk negara. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, pengembara tempatan atau warga asing masih perlu menjalani ujian saringan Covid-19, namun mereka diberi tempoh 24 jam untuk berbuat demikian selepas memasuki negara. Katanya, pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-Antiten (Ag) profesional, sama ada di fasiliti kesihatan swasta di pintu masuk antarabangsa atau di luar pintu masuk antarabangsa dalam tempoh 24…

Read More

Kes harian Thailand meningkat

BANGKOK 24 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 27,024 kes berbanding 25,164 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,450,980. Angka hari ini juga menghampiri jumlah tertinggi yang direkodkan pada 18 Mac lalu sebanyak 27,071, kurang 47 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, angka itu tidak termasuk  26,768 kes positif melalui ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan menjadi 53,792 kes. Terdapat 26,740 kes disahkan di hospital dan 184 melalui ujian pengesanan serta 46 kes import dan 54 dalam kalangan penghuni penjara. Sebanyak 82…

Read More

Kes harian Brunei Darussalam turun

BERAKAS 24 Mac – Jumlah kes harian Covid-19 turun di bawah 1,000 kes hari ini dengan merekodkan 775 kes berbanding 1,006 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 129,081. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terdapat satu kematian direkodkan dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan Covid-19. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam, beliau berkata tetdapat lapan kes dalam kategori 4 dan tiga kes dalam kategori 5. Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 627 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) yang dimuat naikkan ke aplikasi…

Read More

Siapa sembilan wanita terpilih DAP

PADA pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Parti (JTP) Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 baru-baru ini, satu pembaharuan dilakukan apabila sembilan daripada 30 kerusi diperuntukkan khusus untuk wanita. Daripada 18 yang menawarkan diri, lapan wanita berjaya meletakkan diri mereka dalam kelompok 30 teratas manakala seorang berada di ranking ke-35. Sembilan wanita yang terpilih itu merupakan gabungan wakil rakyat yang sama ada sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara. Mereka yang berlatar belakang pelbagai pengalaman dan profesion juga adalah muka lama dan orang baharu dalam politik, dengan semuanya di bawah…

Read More

SOSMA: Sokongan 85 bantah 86

KUALA LUMPUR 24 Mac – Kedudukan sebenar undi belah bahagian bagi usul berkaitan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), semalam adalah 85 menyokong, bukan 84. Bagaimanapun, pindaan itu tidak mengubah keputusan semalam memandangkan jumlah Ahli Parlimen yang tidak menyokong usul itu masih lebih tinggi, iaitu 86 undi. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini membuat pindaan itu berikutan terdapat kekhilafan apabila Ahli Parlimen Besut,  Idris Jusoh ditandakan sebagai tidak hadir, sedangkan beliau hadir dan terbabit dalam sesi undian. Menurut Azhar, Ahli Parlimen Jempol (Salim Sharif)…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 24 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara turun lagi kepada 0.90 berbanding 0.91 kelmarin. Lapan negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi, satu menyamai kadar kebangsaan manakala yang lain lebih rendah. Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.03 diikuti Sarawak dan Perak yang masing-masing merekodkan kadar 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.96, Melaka 0.95, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing 0.93. Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan 0.91 dan Pahang menyamai kadar kebangsaan 0.90. Ini diikuti Terengganu yang merekodkan 0.89, Johor…

Read More

Indonesia benarkan mudik lebaran

JAKARTA 24 Mac – Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan kelonggaran yang membenarkan rakyatnya mudik lebaran (balik kampung) dan mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid tahun ini berikutan situasi Covid-19 yang semakin pulih. Dalam ucapannya ke seluruh negara semalam, Jokowi bagaimanapun mengingatkan mereka yang ingin mudik lebaran perlu mendapatkan dua suntikan dos vaksin serta satu dos penggalak (booster). “Bagi masyarakat yang ingin melakukan mudik, dipersilakan, juga diperbolehkan, dengan syarat sudah mendapatkan dua kali vaksin dan sekali booster serta menerapkan protokol kesihatan yang ketat,” kata Jokowi. Dua kelonggaran itu adalah antara empat…

Read More

Kes baharu Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 24 Mac – Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka melebihi 20,000 kes buat dua hari berturut-turut selepas merekodkan 22,491 kes semalam berbanding 21,483 kelmarin. Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini mencecah 4,054,926 kes. Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 22,109 kes melibatkan jangkitan tempatan yang melibatkan juga 866 bukan warganegara manakala 382 kes import termasuk 364 warganegara. Selangor merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 10,240, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,991 dan Pulau Pinang 1,299. Menurut Dr Noor…

Read More