Kes baharu Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 24 Mac – Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka melebihi 20,000 kes buat dua hari berturut-turut selepas merekodkan 22,491 kes semalam berbanding 21,483 kelmarin.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini mencecah 4,054,926 kes.

Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 22,109 kes melibatkan jangkitan tempatan yang melibatkan juga 866 bukan warganegara manakala 382 kes import termasuk 364 warganegara.

Selangor merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 10,240, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,991 dan Pulau Pinang 1,299.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 22,491 kes harian itu, sebanyak 10,601 kes (47.14%) adalah Kategori 1; Kategori 2: 11,725 kes (52.13%); Kategori 3: 71 kes (0.31%); Kategori 4: 44 kes (0.20%); dan Kategori 5: 50 kes (0.22%).

Sebanyak 332 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 189 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 165 kes kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan, sebanyak 43 kes (26.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 71 kes (43.03%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

Sebanyak 51 kes (30.91%) telah menerima dos penggalak (booster); 99 kes (60.00%) berumur 60 tahun dan ke atas; 98 kes (59.39%) mempunyai komorbid dan 2 kes (1.21%) ibu mengandung.

Jumlah kes sembuh pada Rabu pula adalah berjumlah 26,234 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,771,463 kes.

Walaupun jumlah kes masih agak tinggi tetapi tiada kluster baharu dilaporkan semalam dengan kluster aktif di seluruh Malaysia kini berjumlah 273 kluster.

Related posts

Leave a Comment