Kes di Singapura kini 1,053,139

SINGAPURA 24 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 8,478‬ kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini melibatkan 8,304 kes tempatan dan 174 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,053,139.

Sebanyak enam kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,226 orang meninggal dunia.

Menurut MoH, sebanyak 7,125 adalah kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Protokol 2 ini terdiri daripada 150 kes import dan 6,975 jangkitan tempatan manakala 1,353 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,329 jangkitan tempatan dan 24 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula naik kepada 0.79 berbanding 0.76 semalam.

Sementara itu 8,258 pesakit dibenarkan keluar hospital manakala 873 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 951 semalam di mana 114 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan24 dipantau rapi di ICU.

Bagi program vaksinasi, setakat 23 Mac, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment