Kes harian Thailand meningkat

BANGKOK 24 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 27,024 kes berbanding 25,164 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,450,980.

Angka hari ini juga menghampiri jumlah tertinggi yang direkodkan pada 18 Mac lalu sebanyak 27,071, kurang 47 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, angka itu tidak termasuk  26,768 kes positif melalui ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan menjadi 53,792 kes.

Terdapat 26,740 kes disahkan di hospital dan 184 melalui ujian pengesanan serta 46 kes import dan 54 dalam kalangan penghuni penjara.

Sebanyak 82 kematian dilaporkan bertambah dua kes berbanding hari sebelumnya.

 Bangkok merekodkan 3,722 kes baharu disusuli Nakhon Si Thammarat 1,746, Chon Buri 1,341,  Samut Prakan 920, Songkla 861, Samut Sakhon 849, Roi Et 730, Rayong 593, Ratchaburi 592 dan Chachoengsao 574.

Sebanyak 46 kes import adalah dari 14 negara termasuk 17 kes dari Kemboja, dan enam dari United Kingdom, lima Perancis dan tiga masing-masing dari Switzerland dan Jerman .

Semalam, sebanyak 23,721 kes Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3,186052.

Manakala dalam tempoh 24 jam, sebanyak 240,349. menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment