Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 24 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara turun lagi kepada 0.90 berbanding 0.91 kelmarin.

Lapan negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi, satu menyamai kadar kebangsaan manakala yang lain lebih rendah.

Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.03 diikuti Sarawak dan Perak yang masing-masing merekodkan kadar 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.96, Melaka 0.95, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing 0.93.

Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan 0.91 dan Pahang menyamai kadar kebangsaan 0.90.

Ini diikuti Terengganu yang merekodkan 0.89, Johor 0.88, Perlis 0.87, Kedah 0.84, Kelantan 0.79, Wilayah Persekutuan Labuan 0.73, Sabah 0.64

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment