Kes tertinggi, peraturan pelawat dilonggar

BANGKOK 18 Mac – Thailand mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan merekodkan 27,071 kes berbanding 26 Februari lalu sebanyak 25,615 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,303,169 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 26,919 kes dalam kalangan penduduk awam, 103 penghuni penjara dan 49 kes import. Jumlah kes harian itu tidak termasuk 23,157 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 50,228 kes. Sebanyak 80 lagi kematian dilaporkan hari ini, berumur antara 30 dan 101 tahun yang membawa kepada jumlah keseluruhan 24,075 orang. Semalam, Kementerian Kesihatan…

Read More

Pejuang masih relevan – Dr M

PUTRAJAYA 18 Mac – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih relevan walaupun mengalami kekalahan teruk sehingga hilang deposit bagi semua 42 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu. Pengerusi Pejuang,  Dr Mahathir Mohamad, menegaskan parti itu akan terus berjuang dalam arena politik negara, termasuk memberi penekanan kepada isu dan keperluan rakyat. “Kita sebulat suara pada peringkat Biro Politik dan Majlis Eksekutif untuk meneruskan perjuangan kita, walaupun Pejuang kalah teruk sehingga tiada satu pun deposit dapat diselamatkan ketika PRN Johor. “Kita juga sudah mengenal pasti beberapa faktor…

Read More

Tangguh dulu hasrat adakan PRU15

KUALA LUMPUR 18 Mac – Ketika ada desakan dari Perhimpunan Agung UMNO supaya menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula berpendapat ia wajar ditangguhkan. Bagi Khairy, penangguhan itu wajar dilakukan sehingga keadaan kesihatan awam benar-benar stabil. Katanya, adalah wajar mengambil pendekatan tunggu serta menangguh perkara-perkara yang akan merumitkan proses pemulihan ke arah endemik. “Saya lihat semangat Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), walaupun beliau berkata akar umbi parti mahukan PRU lebih awal, tetapi dia serahkan hal itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,”…

Read More

Wanita pertama Ketua Pengarah Jakim

PUTRAJAYA 18 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mencatat sejarah apabila buat pertama kali, wanita dilantik sebagai Ketua Pengarah yang baharu berkuat kuasa Isnin ini. Hakimah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan itu. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali, berkata pemilihan Hakimah menduduki jawatan tertinggi itu adalah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khusus dalam jabatan itu. “Pelantikan ini menjadi sejarah kepada Jakim, apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita, sekali gus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam. “Semoga…

Read More

1,357 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 18 Mac – Brunei Darussalam merekodkan satu lagi kematian disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 87 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah. Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, berkata, sebanyak 11 kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, terdapat tujuh kes Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Menurut beliau, sebanyak 1,357 kes baharu direkodkan yang…

Read More

11,739 lagi kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 18 Mac – Sebanyak 11,739 lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mengambil vaksin Covid-19 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,221,990 orang. Jumlah keseluruhan itu bersamaan 34.4 peratus daripada populasi kanak-kanak di negara ini telah mengambil vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) yang diperkenalkan sejak 3 Februari lalu. Menurut data yang dikongsi dalam COVIDNOW, sehingga kini seramai 15,425,524 individu atau 65.6 peratus populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas sudah mendapatkan dos penggalak. Selain itu, seramai 23,216,630 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos dengan…

Read More

Anggota UMNO kini 3,391,236

KUALA LUMPUR 18 Mac – UMNO kini kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3,391,236 orang, dengan 22,274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata Sabah merekodkan keahlian tertinggi iaitu 594,631, diikuti Johor 452,642, Selangor 426,109 dan Kedah 300,564 ahli. Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu seramai 46,849 ahli, diikuti Semporna (40,849 ahli); Libaran (39,513 ahli), Gombak, (38,437 ahli) dan Baling, 37,249 ahli. Ahmad berkata, pada PAU kali ini, seramai 21 duta dan wakil negara hadir termasuk…

Read More

UMNO garis 5 Daya Negara

KUALA LUMPUR 18 Mac – UMNO menggariskan lima teras utama – Daya Negara – sebagai agenda melestarikan politik negara, kata Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi.  “Agenda melestarikan politik negara menjadi fokus utama UMNO. Kedinamikan politik ini, kita hadapi dengan 5 teras utama yang menjadi DAYA kita,” katanya. Beliau menjelaskan lima teras itu di hadapan kira-kira 2,680 perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini. DAYA PERTAMA: PEMULIHAN EKONOMI: Fokus agenda pemulihan ekonomi kepada: i – Meningkatkan kuasa beli rakyat dengan pelaksanaan segera gaji minimum RM1,500. 00 ii – Mengkaji semula pelaksanaan Cukai…

Read More

PRU15 : PAU wajib dengar suara akar umbi

KUALA LUMPUR 18 Mac – Perhimpunan Agung UMNO wajib mendengar suara akar umbi yang meminta agar mandat baharu diperoleh melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, janganlah guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung, namun tidak setitis pun hujan jatuh ke bumi. “Untuk itu, saya mengharapkan agar kita kembali kepada rakyat. Serahkan semula kepada mereka. Berilah mandat baharu kepada UMNO. Ketika orang sayang kita, sambutlah kasih sayang mereka. “Jangan ditagih kasih itu selepas ia hilang. Makin bertangguh, makin melaratlah rakyat, makin rosaklah negara,” katanya pada perasmian perhimpunan itu.…

Read More

Tok Mail jagalah kerajaan elok-elok

KUALA LUMPUR 18 Mac – “Jagalah kerajaan elok-elok,” kata Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulangi pendirian untuk terus mendukung kepemimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam membangunkan negara. Berucap di hadapan kira-kira 2,680 perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini, beliau meminta Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu memperkuatkan  kerajaan. “Datuk Seri Ismail jagalah kerajaan elok-elok, kita beri dukungan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Insya-Allah saya dan Tok Mat (Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan) dan rakan-rakan lain, kita akan jaga parti. “Kami akan perkuatkan parti, (manakala)…

Read More