1,357 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 18 Mac – Brunei Darussalam merekodkan satu lagi kematian disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 87 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, berkata, sebanyak 11 kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, terdapat tujuh kes Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Menurut beliau, sebanyak 1,357 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 121,957.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,165 adalah hasil pengesanan daripada ujian ART manakala 192 kes lagi adalah hasil daripada 1,870 ujian makmal RT-PCR dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 5,170 kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih 105,218 manakala jumlah kes aktif sebanyak 16,561.

Pada masa ini , kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 6.7 peratus dengan 213 kes aktif sedang menjalani rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital.

Katanya, sebanyak 16,348 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga 14 Mac, sebanyak 59.4 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

Related posts

Leave a Comment