Anggota UMNO kini 3,391,236

KUALA LUMPUR 18 Mac – UMNO kini kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3,391,236 orang, dengan 22,274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara.

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata Sabah merekodkan keahlian tertinggi iaitu 594,631, diikuti Johor 452,642, Selangor 426,109 dan Kedah 300,564 ahli.

Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu seramai 46,849 ahli, diikuti Semporna (40,849 ahli); Libaran (39,513 ahli), Gombak, (38,437 ahli) dan Baling, 37,249 ahli.

Ahmad berkata, pada PAU kali ini, seramai 21 duta dan wakil negara hadir termasuk United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh.

Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 8 buah di United Kingdom, 1 Ireland, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir. UMNO masih mekar di seantero dunia. Sebahagian wakil mereka ada hadir di dewan ini.

Hadir sama wakil-wakil UMNO Siswa daripada 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS serta UMNO Siswi daripada 12 IPTA yang mewakili pelajar daripada universiti awam di Malaysia.

Beliau juga memaklumkan, seramai 5542 perwakilan UMNO hadir pada PAU kali ini iaitu perwakilan Wanita (954 orang), Pemuda (966 orang), Puteri (956 orang) serta 2666 orang, perwakilan bahagian.

Related posts

Leave a Comment