BAITULMUQADDIS – Iran semalam melancarkan peluru berpandu terhadap Israel, menandakan serangan pertama seumpamanya sejak gencatan senjata dicapai pada April lalu.
Bagaimanapun peluru berpandu berkenaan dilapor berjaya dipintas oleh tentera rejim Zionis.
Susulan serangan peluru berpandu hari ini, situasi dijangka terus menjejaskan harapan terhadap keamanan berkekalan Ketika konflik Asia Barat memasuki hari ke-100.
Pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menyifatkan serangan itu sebagai satu amaran selepas Israel melancarkan serangan di pinggir selatan Beirut, Lubnan pada hari sama.
Tehran turut memberi amaran bahawa pihaknya tidak teragak-agak bertindak secara lebih meluas sekiranya Israel melakukan pencerobohan berulang.
Pada 8 April lalu, gencatan senjata berkuatkuasa dengan matlamat menghentikan pertempuran besar antara Iran dengan musuh utamanya, Israel dan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, usaha menjadikan gencatan senjata itu sebagai penyelesaian kekal sering menemui jalan buntu dan berikutan serangan peluru berpandu hari ini, situasi dijangka terus menjejaskan harapan terhadap keamanan berkekalan Ketika konflik Asia Barat memasuki hari ke-100.
Menurut laporan, siri serangan Iran dikatakan mendorong Presiden AS, Donald Trump, menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bagi menasihatinya supaya tidak melancarkan serangan balas, meskipun pegawai kanan tentera Israel berikrar akan menyerang Tehran sebaik menerima arahan.
Sementara itu, Iraq dan Syria mengumumkan penutupan sementara ruang udara susulan ketegangan baharu antara Iran dan Israel.
Pihak berkuasa Iraq memutuskan untuk menutup ruang udara negara itu selama 72 jam susulan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel
Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria mengumumkan penutupan sementara koridor udara selatan negara itu dan penggantungan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik “susulan perkembangan terkini” selepas serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.
Koridor udara selatan negara itu akan ditutup sementara “selama 12 jam, bermula 11 malam waktu tempatan Ahad hingga 11 pagi waktu tempatan Isnin.
Nnn
