11,739 lagi kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 18 Mac – Sebanyak 11,739 lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mengambil vaksin Covid-19 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,221,990 orang.

Jumlah keseluruhan itu bersamaan 34.4 peratus daripada populasi kanak-kanak di negara ini telah mengambil vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) yang diperkenalkan sejak 3 Februari lalu.

Menurut data yang dikongsi dalam COVIDNOW, sehingga kini seramai 15,425,524 individu atau 65.6 peratus populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas sudah mendapatkan dos penggalak.

Selain itu, seramai 23,216,630 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos dengan 23,216,630 individu pula sudah lengkap mendapatkan dua dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat ini sebanyak 5,781,815 dos sudah diberikan, jumlah itu membabitkan 2,940,403 dos pertama dengan 2,841,412 dos lagi adalah untuk dos kedua.

Dalam pada itu jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 68,376,641.

Related posts

Leave a Comment