UMNO garis 5 Daya Negara

KUALA LUMPUR 18 Mac – UMNO menggariskan lima teras utama – Daya Negara – sebagai agenda melestarikan politik negara, kata Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

“Agenda melestarikan politik negara menjadi fokus utama UMNO. Kedinamikan politik ini, kita hadapi dengan 5 teras utama yang menjadi DAYA kita,” katanya.

Beliau menjelaskan lima teras itu di hadapan kira-kira 2,680 perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

DAYA PERTAMA: PEMULIHAN EKONOMI:

Fokus agenda pemulihan ekonomi kepada:

i – Meningkatkan kuasa beli rakyat dengan pelaksanaan segera gaji minimum RM1,500. 00

ii – Mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Jualan (GST) pada kadar yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.

DAYA KEDUA: PELUANG PEKERJAAN:

Penggangguran bukan lagi isu picisan. Ia membabitkan makan-pakai rakyat. Peluang pekerjaan mesti diwujudkan dengan:

i – Mewujudkan Jawatankuasa khas hal-ehwal pekerjaan negara yang melibatkan anak muda.

ii – Menyediakan insentif kepada anak tempatan yang terlibat dengan sektor pekerjaan 3D “dirty, difficult and dangerous” (kotor, sukar dan bahaya) termasuk menyediakan Latihan yang sewajarnya.

iii – Bagi menggalakkan anak muda menyertai gig ekonomi sebagai gigger, dan akta pekerja gig perlu diperkenalkan segera.

DAYA KETIGA: KEUSAHAWANAN WIBAWA

Keusahawanan ada adalah penggerak kepada ekonomi negara. Lahirnya ramai ramai usahawan akan mencipta peluang pekerjaan baharu kepada anak muda. Perkasakan sektor keusahawanan menerusi:

i – Penyediaan insentif kepada anak muda yang terlibat dengan sektor pertanian, agro-pelancongan dan pemain industri dalam talian (online business).

ii – Mempermudahkan proses pinjaman kredit kepada usahawan baharu dengan melonggarkan syarat-syarat pinjaman.

iii- Mengurangkan birokrasi dalam pemberian pinjaman kepada anak muda dan usahawan baharu.

DAYA KEEMPAT: INTEGRASI PENDIDIKAN

Soal Pendidikan bukan hanya berkisar pembangunan prasarana semata-mata. Usaha menaiktaraf Sekolah daif mesti diteruskan, guru-guru duka lara dibantu tetapi itu sahaja tidak memadai bagi mendepani perkembangan dunia pendidikan yang semakin kompleks. Penting bagi kita meneruskan agenda integrasi pendidikan supaya soal duniawi dan ukhrawi yang bergerak seiring dengan:

i – Melahirkan lebih ramai huffaz professional (arkitek-huffaz, peguam- huffaz), UMNO pernah mempelopori hasrat melahirkan 125 ribu huffaz professional, Hasrat ini patut diteruskan

ii – Memperkasakan roh dan jasad institusi-institusi Pendidikan Islam seperti baik pulih prasarana maahad tahfiz, sekolah agama rakyat dan integrasikan manhaj pengajaran dan pembelajaran.

DAYA KELIMA: REFORM AGENDA RAKYAT

Reform bukan revolusi tetapi reform agenda rakyat satu keperluan agar keyakinan rakyat kepada kerajaan dapat dipulihkan. Reform agenda rakyat dilakukan dengan:

i – Pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara, untuk mengelak berlakunya penyalahgunaan kuasa dan berlakunya pendakwaan terpilih yang menjurus kepada mengaibkan dan membunuh karektor seteru politik

ii – Undang-undang berkaitan Anti Lompat Parti dalam kalangan wakil rakyat yang dipilih. Kestabilan negara terjejas dengan tindakan lompat-melompat, terhakisnya prinsip dan wala’ parti. Rakyat menjadi mangsa akibat kerakusan ahli politik yang pentingkan diri berbanding rakyat.

iii – Undang-undang Pendanaan Parti Politik. Tiba masanya rakyat difahamkan dengan pendanaan parti politik. Kenapa pendanaan politik wujud. Kekeliruan rakyat dalam soal ini telah diambil peluang oleh seteru politik membunuh karier politik lawan.

iv – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes-kes yang berkait dengan kepentingan rakyat seperti kes arwah Adib, Tabung Haji dan yang paling penting siasatan terhadap pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam bukunya.

Related posts

Leave a Comment