Kes harian Thailand meningkat

BANGKOK 17 Mac – Thailand terus merekodkan peningkatan kes hari ini apabila 25,456 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding 23,945 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,276,098 kes. Jumlah kes harian itu menurut Kementerian Kesihatan Awam menghampiri jumlah tertinggi yang direkodkan pada 26 Februari lalu iaitu 25,615 kes. Sebanyak 77 lagi meninggal dunia disebabkan Covid-19 ini yang setakat ini jumlah kumulatifnya sebanyak 23,995 orang. Jumlah kes harian itu tidak termasuk 21,244 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 46,700 kes. Sebanyak 39 kes…

Read More

Korea Selatan rekod kes tertinggi

SEOUL 17 Mac – Korea Selatan hari ini, merekodkan 621,328 kes Covid-19, angka tertinggi sejak penularan pandemik itu, ketika republik itu hampir mencapai kemuncak penularan gelombang varian Omicron. Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Korea Selatan mendahului angka kes baharu dilaporkan di dunia bagi tempoh tujuh hari dengan 2,417,174 kes jangkitan, diikuti Vietnam (1,776,045 kes). Bagaimanapun data rasmi menunjukkan kes kritikal serta kematian di republik dengan penduduk hampir 52 juta orang itu kekal rendah dan majoriti golongan dewasa lengkap divaksinasi serta sudah menerima suntikan penggalak. Pegawai kanan di Agensi Kawalan…

Read More

1,666 kes baharu Covid-19 Brunei

BERAKAS 17 Mac – Brunei Darussalam merekodkan satu kematian hari ini, tetapi tidak dikategorikan sebagai meninggal dunia disebabkan Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah. Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, berkata, sebanyak 22 kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata,terdapat lima kes pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Menurut beliau, sebanyak 1,666 kes baharu direkodkan yang…

Read More

Singapura rapatkan saf selepas 2 tahun

SELEPAS dua tahun menanti, akhirnya solat Subuh pagi ini menyaksikan jemaah masjid di Singapura merapatkan semula saf. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebelum ini mengumumkan kebenaran merapatkan saf sejajar dengan penyelarasan langkah pengurusan selamat Covid-19. Penyelarasan itu antara lain menetapkan jarak selamat tidak diperlukan dalam sekitaran di mana pelitup digunakan. Jemaah bagaimanapun perlu terus membawa keperluan solat peribadi mereka dan memakai pelitup manakala tempahan slot bagi solat Jumaat juga akan diteruskan. MUIS berkata lebih banyak ruang solat juga akan ditawarkan dan butiran lanjut akan diberikan dalam beberapa minggu akan datang.…

Read More

Masuk Kemboja tanpa ujian Covid-19

PHNOM PENH 17 Mac – Kemboja akan menggugurkan syarat yang mewajibkan pelawat luar mengambil ujian Covid-19 sebelum mereka dibenarkan memasuki negara itu, demikian menurut pegawai negara berkenaan, Tindakan itu, bertujuan merangsang lebih banyak pelaburan dan pelancongan ketika Kemboja mendahului kebanyakan negara jiran melonggarkan kebanyakan sekatan berkaitan Covif-19. Bagaimanapun, pelawat asing masih perlu mengambil vaksin sepenuhnya dan mereka yang tidak dapat menunjukkan bukti vaksinasi perlu menjalani kuarantin selama 14 hari selepas ketibaan. Data rasmi menunjukkan 92.31 peratus daripada 16 juta penduduk negara itu telah mengambil vaksin dan antara kadar tertinggi di…

Read More

Eksport ketum tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini dieksport ke Thailand seperti  dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Menterinya Hamzah Zainudin berkata ini, cadangan itu bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini. Akta itu antara lain melarang sebarang aktiviti mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual atau memiliki serta menggunakan ketum secara haram. “Ini mungkin permintaan peribadi Menteri Besar. (Namun) pada ketika ini memang kita tidak akan benarkan (penjualan daun ketum) untuk apa-apa tujuan pun mengikut akta…

Read More

Tengku Zafrul nafi letak jawatan

KUALA LUMPUR 17 Mac – Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan laporan beliau sudah meletakkan jawatan selepas tidak menghadiri sesi Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini. Menurut Tengku Zafrul, beliau juga tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2021 (2022) kerana itu sememangnya dalam perancangan Kementerian Kewangan. Bahkan, pada tahun lepas, katanya, Timbalan Menteri Kewangan yang membentangkan RUU Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat. “Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin,”…

Read More

‘Ikhtiar, tawakal kepada Allah’

PUTRAJAYA 17 Mac – Warga emas yang tiada vaksinasi atau belum mendapatkan dos penggalak didapati berisiko tinggi untuk meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, data menunjukkan iaitu individu berusia 60 tahun ke atas yang tidak mendapatkan pelalian atau mengambil dos penggalak adalah kumpulan paling tinggi meninggal dunia selepas dijangkiti virus berkenaan. “Semalam 105 kematian Covid-19 dilapor. Kapasiti hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) terkawal, tetapi saya juga mahu kadar kematian terkawal. “Graf ini jelas (menunjukkan) warga emas yang tiada vaksinasi atau booster(dos penggalak) sangat…

Read More

Malaysia catat 28,298 kes baharu

PUTRAJAYA 17 Mac – Sebanyak 28,298 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 26,534 semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,900,433 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 27,600 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 698 adalah kes import. Katanya, daripada jumlah keseluruhan kes baharu,  kategori 1: 11,936 kes (42.18%); kategori 2: 16,148 kes (57.06%); kategori 3: 100 kes (0.35%); kategori 4: 55 kes (0.20%) dan kategori 5: 59 kes (0.21%). Daripada 214 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5, sebanyak 56 kes  tidak divaksinasi atau…

Read More

Rapat saf di Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA 17 Mac – Mulai 1 April ini, solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik. Kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail, berkata jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau. Beliau berkata, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa…

Read More