Korea Selatan rekod kes tertinggi

SEOUL 17 Mac – Korea Selatan hari ini, merekodkan 621,328 kes Covid-19, angka tertinggi sejak penularan pandemik itu, ketika republik itu hampir mencapai kemuncak penularan gelombang varian Omicron.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Korea Selatan mendahului angka kes baharu dilaporkan di dunia bagi tempoh tujuh hari dengan 2,417,174 kes jangkitan, diikuti Vietnam (1,776,045 kes).

Bagaimanapun data rasmi menunjukkan kes kritikal serta kematian di republik dengan penduduk hampir 52 juta orang itu kekal rendah dan majoriti golongan dewasa lengkap divaksinasi serta sudah menerima suntikan penggalak.

Pegawai kanan di Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), Lee Sang-won, berkata pihaknya bersedia menerima lonjakan pesakit sejak Omicron menjadi dominan tetapi unjuran kerajaan tidak menjangka jumlah begitu besar dengan angka yang dicatat jauh lebih tinggi berbanding jangkaan.

Justeru pihaknya sedang melakukan kiraan semula ‘skala kes disahkan atau berapa lama tempoh puncak akan berlangsung’, biar pun pihak berkuasa kesihatan percaya republik itu menghampiri kemuncak gelombang Omicron.

Related posts

Leave a Comment