Malaysia catat 28,298 kes baharu

PUTRAJAYA 17 Mac – Sebanyak 28,298 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 26,534 semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,900,433 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 27,600 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 698 adalah kes import.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan kes baharu,  kategori 1: 11,936 kes (42.18%); kategori 2: 16,148 kes (57.06%); kategori 3: 100 kes (0.35%); kategori 4: 55 kes (0.20%) dan kategori 5: 59 kes (0.21%).

Daripada 214 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5, sebanyak 56 kes  tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 101 kes menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak ,57 kes menerima dos penggalak, 119 kes berumur 60 tahun dan ke atas, 82 kes mempunyai komorbid dan 2 kes ibu mengandung.

Sebanyak 374 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 233 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah 33,009 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,567,003 kes.

Enam lagi kluster baharu direkodkan, menjadikan 6,893 kluster di mana 346 kluster masih aktif manakala 6,547 kluster relah tamat.

Related posts

Leave a Comment