1,666 kes baharu Covid-19 Brunei

BERAKAS 17 Mac – Brunei Darussalam merekodkan satu kematian hari ini, tetapi tidak dikategorikan sebagai meninggal dunia disebabkan Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, berkata, sebanyak 22 kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata,terdapat lima kes pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Menurut beliau, sebanyak 1,666 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 120,600

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,430 adalah hasil pengesanan daripada ujian ART manakala 236 kes lagi adalah hasil daripada 2,278 ujian makmal RT-PCR dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 5,274 lkes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih 100,048 manakala jumlah kes aktif sebanyak 20,375..

Pada masa ini , kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 6.0 peratus dengan 214 kes aktif sedang menjalani rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital.

Katanya, sebanyak 20,161 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga 14 Mac, sebanyak 59.2  peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

Related posts

Leave a Comment