Singapura rapatkan saf selepas 2 tahun

SELEPAS dua tahun menanti, akhirnya solat Subuh pagi ini menyaksikan jemaah masjid di Singapura merapatkan semula saf.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebelum ini mengumumkan kebenaran merapatkan saf sejajar dengan penyelarasan langkah pengurusan selamat Covid-19.

Penyelarasan itu antara lain menetapkan jarak selamat tidak diperlukan dalam sekitaran di mana pelitup digunakan.

Jemaah bagaimanapun perlu terus membawa keperluan solat peribadi mereka dan memakai pelitup manakala tempahan slot bagi solat Jumaat juga akan diteruskan.

MUIS berkata lebih banyak ruang solat juga akan ditawarkan dan butiran lanjut akan diberikan dalam beberapa minggu akan datang.

“Alhamdulillah, sejajar dengan penyelarasan peraturan mengikut garis panduan negara, sukacita dimaklumkan bahawa kami dapat membuat penyesuaian kepada jarak selamat untuk solat berjemaah di masjid,” kata MUIS.

(Foto Masjid Maarof)

Related posts

Leave a Comment