Arab Saudi catat penurunan kes

RIYADH 26 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 537 hari ini, iaitu angka di bawah 1,000, yang menjadikan jumlah keseluruhan 743,742. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) satu kematian direkodkan dan ini menjadikan 8,994 orang meninggal dunia setakat ini. Sebanyak 1,085 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 721,473. Menurut MoH, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 612 adalah dalam keadaan kritikal. Sementara itu di Jeddah, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kanak-kanak berusia 7 tahun dan ke atas…

Read More

16,857 kes baharu Singapura

SINGAPURA 26 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 16,857 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini terdiri daripada 16,714 jangkitan tempatan dan 143 kes import serta 13 kes kematian. Sebanyak 14,410 kes baharu Protokol 2 terdiri daripada 77 kes import dan 14,333 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,447 kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,381 adalah jangkitan tempatan manakala 66 adalah kes import. Secara keseluruhan jumlah kes…

Read More

Kes harian Thailand 25,615

BANGKOK 26 Feb. – Thailand merekodkan 40 kematian dan 25,615 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 22,849 orang meninggal dunia dan 2,844,897 kes jangkitan. Jumlah kes harian itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam sebanyak 24,932 kes dengan jumlah kematian pula seramai 41 orang. Terdapat 25,260 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 189 dalam kalangan penghuni penjara dan 106 kes import. Sebanyak 24,897 kes disahkan melalui hospital, dan 363 melalui ujian pengesanan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan mereka yang berumur 36 hingga 105 tahun…

Read More

3,969 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 24 Feb. – Dua lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 65 orang. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, lapan kes Covid-19 kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi dilaporkan hari ini. Di samping itu terdapat tiga kes kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Katanya, Brunei Darussalam merekodkan 3,969 kes baharu hari ini berbanding 3,461 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,485. Daripada 3,969 kes baharu itu, ia termasuk…

Read More

1,223 kes baharu Covid-19 Filipina

MANILA 25 Feb.- Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,223 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,660,020. Sebanyak 128 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,351 kematian. Sehingga pukul 4 petang ini juga, kes pesakit sembuh meningkat kepada 3,549,735 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes apabila 2,400 lagi pesakit pulih. Sebanyak 1.5 peratus atau 53,934 adalah kes aktif, berkurangan berbanding 55,140 yang dilaporkan semalam. Sementara itu DoH menjelaskan daripada 1,223 kes yang dilaporkan hari ini, 1,179 (96%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (13…

Read More

30,644 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 26 Feb. – Angka jangkitan baharu Covid-19 semalam turun sedikit apabila sebanyak 30,644 kes direkodkan berbanding 32,070 kes kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada angka itu, sebanyak 30,387 kes adalah penularan tempatan manakala 257 lagi adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini 3,367,871. Katanya, sebanyak 9,557 kes atau 31.19 peratus adalah Kategori 1, manakala Kategori 2 (20,931 kes); Kategori 3 (91 kes); Kategori 4 (39 kes) dan Kategori 5 (26 kes). Selain itu, katanya, 33 daripada 156 kes Kategori 3, 4…

Read More

Syed Saddiq pencadang calon DAP

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman muncul di pusat penamaan calon hari ini tetapi bukan sebagai calon sebaliknya pencadang kepada calon DAP. Beliau yang tidak bertanding mana-mana kerusi menjadi pencadang kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling. Kedua-dua pemimpin politik itu tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Baru, pada pukul 9.05 pagi. Ketika ditanya mengenai kehadiran Syed Saddiq, Chin Tong berkata Presiden Muda itu…

Read More

Tujuh penjuru di Kempas, Tiram

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dan Tiram menyaksikan persaingan sengit dengan pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini. Kerusi DUN Kempas menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Ramlee Bohani, Napsiah Khamis Maharan (PKR), Nornekman Osman (Pejuang), Nur Faizal Abdullah (PN) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Azwan Abd Rahman, Mohd Suhimi A Rahman dan Mohd Hambali Munadi. Sementara itu, kerusi DUN Tiram pula membabitkan pertandingan antara Azizul Bachok daripada BN, Karim Deraman (PN), Abdul Aziz Harun (Pejuang), S.…

Read More

Calon termuda bukan dari Muda

JOHOR BAHRU 26 Feb – Calon paling muda yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah dari Barisan Nasional (BN) dan Pejuang, bukannya daripada kalangan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). Kelly Chye Pei Yee, yang berusia 26 tahun adalah calon BN – MCA yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol. Seorang lagi calon muda adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi DUN Tangkak, Muhammad Airel Zabridin, juga berusia 26 tahun. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh berkata, calon tertua pula ialah…

Read More

239 calon rebut 56 kerusi DUN Johor

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam PRN Johor selepas 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri ini ditutup pukul 10 pagi ini. Pengerusi SPR,  Abdul Ghani Salleh, berkata sejumlah 223 calon adalah daripada 10 parti politik dan 16 calon Bebas layak bertanding pada PRN Johor, 12 Mac ini serta tiada calon ditolak. “Daripada jumlah itu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon, manakala Pejuang menghantar 42 calon serta 30 calon dari Pakatan Harapan…

Read More