20.4 juta kes, 745,600 maut

KEMATIAN  akibat Covid-19 seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah pagi ini merekodkan 745,600 dengan kes jangkitan kini 20,456,016 dan sembuh pula 12,663,206.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului catatan kematian dan kes tertinggi berbanding negara-negara lain.

AS merekodkan 5.1 juta kes atau 5,190,948 kes dengan 165,883 kematian manakala Brazil mencatatkan 3.1 juta atau 3,109,630 dengan 103,026 kematian.

India menduduki tempat ketiga dengan merekodkan 2,329,638 kes diikuti Rusia 900,745, Afrika Selatan 568,919, Mexico 492,522, Peru 489,680 dan Colombia 410,453.

Empat negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 378,168, Iran 333,699 ! Sepanyol 329,784, United Kingdom 315,564 dan Arab Saudi  293,037.

Pakistan mendahului negara yang mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu 285,921, Bangladesh 266,498, Argentina 260,911, Itali 251,713, Turki 244,392, Perancis 244,061 dan Jerman  220,859.

Enam negara merekodkan lebih 100,000 kes iaiatu Iraq 160,436, Filipina 143,749, Indonesia 130,718, Kanada 122,676, Qatar 113,938 dan Kazakhstan 100,855.

Mengenai kematian, menduduki tempat ketiga adalah Mexico dengan 53,929 orang diikuti United Kingdom 46,791, India  46,091, Itali 35,225, Perancis 30,375, Sepanyol  28,579 dan Peru 21,501.

Iran pula merekodkan 18,988 kematian diikuti Rusia 15,231, Colombia 13,475 dan Afrika Selatan 11,010.

Bagi kes sembuh pula, Brazil merekodkan angka tertiggi iaitu 2,473,376, AS 1,714,960, India 1,639,599,  Rusia 708,900, Afrika Selatan  432,029, Mexico 397,278, Chile 351,419 dan Peru 329,404.

Iran pula merekodkan 290,244 kes pulih diikuti Pakistan 263,193, Arab Saudi 257,269, Colombia 230,427, Turki  227,089 dan Itali 202,697

Related posts

Leave a Comment