Naik taraf Washington modal kempen

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menonjolkan projek naik taraf di Washington, dalam penampilan awam terakhirnya sebelum pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa.

Trump yang sebelum ini bergiat sebagai pemaju hartanah menghabiskan lebih 20 minit memperincikan kerja-kerja naik taraf Kolam Pantulan Memorial Lincoln di Washington.

Beliau menyentuh pelbagai aspek teknikal termasuk paip, sambungan, bahan penebat, kerja pelapisan semula granit, masalah alga dan kebocoran sempena pembukaan semula kolam berkenaan yang tertangguh.

“Saya mempunyai banyak perancangan hebat untuk Washington,” kata Trump.

Trump turut menyebut projek lain termasuk kawasan rumput di White House, tapak pendaratan helikopter Marine One yang baharu, padang golf dan sebuah gerbang kemenangan yang kini berdepan cabaran undang-undang.

Trump hanya menyentuh secara ringkas mengenai pilihan raya dengan berkata: “Apabila anda mengundi, ingatlah bahawa sebuah parti yang membenci Amerika tidak boleh dibenarkan memerintah rakyat yang membina negara ini.”

Sementara itu, 32 peratus responden menyatakan mereka berpuas hati dengan prestasi Trump sebagai Presiden, tidak berubah daripada minggu sebelumnya.

Related posts

Leave a Comment