Kes harian Thailand 25,615

BANGKOK 26 Feb. – Thailand merekodkan 40 kematian dan 25,615 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 22,849 orang meninggal dunia dan 2,844,897 kes jangkitan.

Jumlah kes harian itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam sebanyak 24,932 kes dengan jumlah kematian pula seramai 41 orang.

Terdapat 25,260 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 189 dalam kalangan penghuni penjara dan 106 kes import. Sebanyak 24,897 kes disahkan melalui hospital, dan 363 melalui ujian pengesanan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan mereka yang berumur 36 hingga 105 tahun dengan purata umur 78 tahun dan terdiri daripada 23 lelaki dan 17 wanita.

Bangkok merekodkan tiga kematian manakala Nakhon Pathom (2), Samut Prakan (2) dan Nonthaburi (1), wilayah Timur Laut merekodkan 10 kematian, Utara (6), Selatan (8), dan lapan lagi di wilayah lain.

Sementara itu Bangkok merekodkan 3,234 kes diikuti Chon Buri 1,310, Nonthaburi 1,129, Samut Prakan 1,118, Nakhon Ratchasima 866, Nakhon Si Thammarat 813, Nakhon Pathom 793, Ratchaburi 770, Phuket 698 dan Ayutthaya 692.

Kes import pula termasuk ketibaan dari Rusia (24), Myanmar (23), Singapura (13), Jerman (8), Finland (8), Perancis (8), Sweden (7), Emiriyah Arab Bersatu (7), Australia (6) dan United Kingdom (6).

Semalam, sebanyak 201,044 mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 965 pesakit kritikal dan 263 pesakit yang memerlukan bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 14,641 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,621,004 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment