3,969 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 24 Feb. – Dua lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 65 orang.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, lapan kes Covid-19 kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi dilaporkan hari ini.

Di samping itu terdapat tiga kes kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Katanya, Brunei Darussalam merekodkan 3,969 kes baharu hari ini berbanding 3,461 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,485.

Daripada 3,969 kes baharu itu, ia termasuk 995 kes hasil dari 3,272 ujian makmal RT-PCR yang dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu..

Sebanyak 2,675 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 24,848 pesakit pulih dengan jumlah kes aktif pula 27,527.

Menurut Dr. Md Isham, kadar penggunaan katil di kesemua Pusat Pengasingan atau ‘bed occupancy rate’ pada masa ini ialah sebanyak 8.5 peratus dengan 286 kes aktif ditempatkan di pusat-pusat pengasingan.

Sebanyak 27,555 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment