Calon termuda bukan dari Muda

JOHOR BAHRU 26 Feb – Calon paling muda yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah dari Barisan Nasional (BN) dan Pejuang, bukannya daripada kalangan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Kelly Chye Pei Yee, yang berusia 26 tahun adalah calon BN – MCA yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol.

Seorang lagi calon muda adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi DUN Tangkak, Muhammad Airel Zabridin, juga berusia 26 tahun.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh berkata, calon tertua pula ialah dari Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bukit Permai iaitu Tosrin Jarvanthi, yang juga bekas Exco Johor, berusia 71 tahun.

Mengikut julat umur, calon berusia 18 – 29 tahun adalah seramai lapan orang diikuti usia 30-39 tahun 52 orang ; 40-49 tahun 72 orang ; 50-59 tahun 64 orang dan lebih 60 tahun seramai 43 orang.

Sementara itu bagi pecahan jantina pula, seramai 202 calon lelaki serta 37 calon wanita akan bertanding.

Related posts

Leave a Comment