1,223 kes baharu Covid-19 Filipina

MANILA 25 Feb.- Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,223 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,660,020.

Sebanyak 128 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,351 kematian.

Sehingga pukul 4 petang ini juga, kes pesakit sembuh meningkat kepada 3,549,735 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes apabila 2,400 lagi pesakit pulih.

Sebanyak 1.5 peratus atau 53,934 adalah kes aktif, berkurangan berbanding

55,140 yang dilaporkan semalam.

Sementara itu DoH menjelaskan daripada 1,223 kes yang dilaporkan hari ini, 1,179 (96%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (13 Februari – 26 Februari 2022).

Mengenai 128 kematian pula, sebanyak 25 berlaku pada Februari 2022 (20%), 28 pada Januari 2022 (22%), 2 pada Disember 2021 (2%), 5 pada November 2021 (4%), 35 pada Oktober 2021 (27%), dan 33 pada September 2021 (26%).

Related posts

Leave a Comment