239 calon rebut 56 kerusi DUN Johor

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam PRN Johor selepas 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri ini ditutup pukul 10 pagi ini.

Pengerusi SPR,  Abdul Ghani Salleh, berkata sejumlah 223 calon adalah daripada 10 parti politik dan 16 calon Bebas layak bertanding pada PRN Johor, 12 Mac ini serta tiada calon ditolak.

“Daripada jumlah itu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon, manakala Pejuang menghantar 42 calon serta 30 calon dari Pakatan Harapan (PH).

“Selain itu, seramai 20 calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula layak bertanding dalam PRN Johor diikuti 16 calon Bebas serta tujuh dari Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), “ katanya pada sidang media hari ini.

Seramai enam calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), empat calon mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang calon.

Tempoh berkempen secara rasminya bermula hari ini dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 11 Mac ini.

Related posts

Leave a Comment