16,857 kes baharu Singapura

SINGAPURA 26 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 16,857 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini terdiri daripada 16,714 jangkitan tempatan dan 143 kes import serta 13 kes kematian.

Sebanyak 14,410 kes baharu Protokol 2 terdiri daripada 77 kes import dan 14,333 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,447 kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,381 adalah jangkitan tempatan manakala 66 adalah kes import.

Secara keseluruhan jumlah kes kini meningkat kepada 696,652 dengan jumlah kematian pula 999 orang.

Menurut MoH, seramai 1,553 pesakit masih dirawat di hospital, jatuh sedikit berbanding 1,584 semalam.

Sebanyak 212 pesakit memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 50 dipantau rapi di ICU sementara 19,308 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment