13,450 kes baharu Singapura

SINGAPURA 28 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 13,544 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 13,450 jangkitan tempatan dan 94 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 724,424 orang. Sebanyak 11,571 kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada 28 kes import dan 11,543 jangkitan tempatan.Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 1,973 kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,907 adalah jangkitan tempatan manakala 66 adalah kes import. Sementara kes kematian pula 12 orang dengan…

Read More

Sultan Selangor perkenan SOP Jumaat

SHAH ALAM 28 Feb. – Ketetapan terkini solat Jumaat di Selangor termasuk keperluan dos penggalak yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Mohd Zawawi Mughni, berkata perkenan itu adalah keprihatinan baginda untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Ini berikutan perkembangan terkini pandemik di negeri itu yang menunjukkan peningkatan. Katanya kerajaan negeri prihatin dengan keluhan dan rungutan umat Islam di Selangor yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat pada 25 Februari lalu…

Read More

34,976 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 28 Feb. –  Indonesia merekodkan 25,054 kes baharu Covid-19, angka yang  menunjukkan penurunan berbanding 34,976 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,564,448. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan 43,992 pesakit pulih yang meliputi 42,939 kes tempatan dan 1,053 import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,861,415. Sebanyak 262 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 148,335 orang manakala jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 19,200 menjadikan 554,698. Sementara itu Jakarta merekodkan pertambahan 7,300 kes baharu diikuti Jawa Barat 3,745, Jawa Tengah 2,905, Jawa Timur 2,233 dan Yogyakarta…

Read More

653 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Feb. – Kes harian di Arab Saudi bertambah 21 kes hari ini tetapi masih di bawah 1,000 apabila merekodkan 653 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 745,027. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,998 kes. Sebanyak 1,081 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 723,549 kes. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 601 dilaporkan dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Arab Saudi telah mendaftarkan 60,990,946 dos vaksin untuk penduduk negara itu.

Read More

Kes harian Brunei cecah 4,095

BERAKAS 28 Feb. – Gelombang ketiga pandemik Covid-19 menyaksikan Brunei Darussalam merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,095 kes hari ini, dengan jumlah kematian empat orang. Semalam sebanyak 3,962 kes direkodkan dan pada 24 Februari lalu, jumlah tertinggi dilaporkan sebanyak 3,969 kes. Bagaimanapun tiga kematian tidak dikaitkan dengan Covid-19 manakala satu lagi kes sedang dalam siasatan. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Brunei Darussalam adalah 63,542 dengan jumlah kematian pula kekal 65 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 597 kes adalah…

Read More

Pelantikan penggal ketiga

KUALA LUMPUR 28 Feb.  – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengurniakan surat cara pelantikan menyambung khidmat kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. Pelantikan itu bagi menyambung khidmat selama dua tahun lagi dan ini merupakan penggal ketiga Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak. Lantikan pertama adalah pada 1 Mac 2014 hingga 28 Februari 2018, manakala lantikan kedua pada 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2022. Menurut Facebook Istana Negara, istiadat itu turut dihadiri Perdana…

Read More

Angka jangkitan bawah 1,000 kes

MANILA 28 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan angka jangkitan di bawah 1,000 dengan merekodkan 951 kes berbanding 1,038 yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Filipina setakat ini meningkat kepada 3,661,997. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 50 orang dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,451 kematian. DoH juga merekodkan 1,717 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 3,553,367 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 52,179 kurang sedikit berbanding 52,961 kes yang…

Read More

Tiada had umur masuki dua masjid suci

MAKKAH 28 Feb. – Tiada lagi had umur untuk memasuki Masjidilharam dan Masjid Nabawi sama ada bagi tujuan umrah mahupun ziarah, dengan syarat memiliki status ‘imun’ dalam aplikasi ‘Tawakkalna’. Ini bermakna kanak-kanak boleh mengunjungi kedua- dua masjid suci itu bagi tujuan solat, umrah atau ziarah. Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya menyatakan tiada lagi had umur ditetapkan bagi pelawat dan jemaah umrah memasuki Dua Masjid Suci. Sebelum ini, hanya pelawat dan jemaah berumur tujuh tahun ke atas dan telah lengkap divaksin dibenarkan memasuki kedua-dua masjid…

Read More

Cukuplah berpolitik siang malam

KUALA LUMPUR 28 Feb. – “Cukuplah berpolitik siang dan malam, Fokuskan menjaga kepentingan rakyat.” Itu antara rangkap pantun nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada Isnin. Sama seperti tahun lepas, Al-Sultan Abdullah mengakhiri titah Baginda dengan dua rangkap pantun nasihat, khusus buat semua Ahli Parlimen. “Bagaikan rasa tidak lengkap jika beta tidak menyampaikan pantun nasihat buat Ahli-Ahli Yang Berhomat sekalian. “Justeru bagi meneruskan tradisi tahun lepas, beta mengakhiri titah ini dengan dua rangkap pantun boleh? (Ahli Parlimen kemudiannya menjawab “boleh”.)…

Read More

Agong bimbang aliran mengelirukan

KUALA LUMPUR 28 Feb. –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan pelbagai fahaman dan aliran pemikiran yang mengelirukan masyarakat Islam. Baginda juga bimbang dengan tindakan sesetengah pihak untuk menormalisasikan budaya yang bercanggah dengan adat dan amalan agama di negara ini. “Fahaman dan aliran pemikiran ini perlu dikawal melalui tindakan berfokus dan strategik membabitkan semua pihak berkuasa agama, keselamatan serta pihak lain yang bertanggungjawab,” titah baginda. Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini, baginda menegaskan, dalam memastikan kemakmuran negara kekal terpelihara, perpaduan…

Read More