Rekod kes harian tertinggi Singapura

SINGAPURA 22 Feb. – Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 26,032 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (22 Feb), yang terdiri daripada 25,731 jangkitan tempatan dan 301 kes import. Menurut MoH, empat lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan dengan 17,163 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Rekod menunjukkan jumlah kes tertinggi yang direkodkan sebelum ini ialah pada 15 Februari dengan 19,420 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 622,293 dengan jumlah kematian 956 orang. Sebanyak 22,705 adalah kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada…

Read More

Indonesia catat 57,491 kes baharu

JAKARTA 22 Feb. – Indonesia merekodkan 57,491 kes baharu Covid-19 hari ini yang meliputi 56,754 kes tempatan dan 737 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,289,414 kes. Kes aktif pula bertambah sebanyak 18,760 dan kumulatifnya 549,431 kes. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan dengan 38,474 orang sembuh iaitu 38,297 kes tempatan dan 177 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,593,185 orang pulih daripada jangkitan. Sebanyak 257 kematian baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 146,798 orang meninggal dunia. Jawa Barat merekodkan tambahan kes positif tertinggi…

Read More

Tiada PKPD walaupun zon merah

SEREMBAN 22 Feb. – Walaupun semua daerah di negeri dalam zon merah berikutan peningkatan kes Covid-19, kerajaan negeri tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau sekatan sektor ekonomi dan sosial. Menteri Besar, Aminuddin Harun, ketika memberi jaminan itu berkata pelaksanaan PKPD mungkin hanya akan dikuatkuasakan secara bersasar terhadap mana-mana lokaliti atau kawasan tertentu yang telah dikenal pasti. Katanya, ia sebagai langkah mitigasi, kawalan dan pencegahan di kawasan terbabit sahaja tanpa perlu membabitkan keseluruhan negeri. Menurut beliau, kebanyakan individu yang didapati positif Covid-19 berada dalam kategori 1 dan 2…

Read More

Kluster asrama sekolah cetus 68 kes

KOTA KINABALU 22 Feb. – Sebanyak 52 kes baharu direkodkan Kluster Kuala Tongod menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 68 kes positif, kata jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun. Mereka terdiri daripada 68 penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod dengan kes indeks adalah seorang remaja tempatan, 18, yang juga pelajar yang tinggal di asrama SMK Tongod. Menurut Masidi, kluster yang berkaitan dengan institusi jenis pendidikan itu telah dikesan mulai 8 Februari lalu menerusi saringan bergejala kluster indeks. Dalam kenyataannya, beliau berkata semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala…

Read More

Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 22 Feb. – Selepas merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian Covid-19 selama beberapa hari, Arab Saudi hari ini mencatatkan penurunan kepada 841 berbanding 1,052 yang dilaporkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam dua kematian. Berikutan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 741,237 dengan jumlah kematian pula sebanyak 8,987 orang. Sebanyak 1,922 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah sembuh meningkat kepada 715,514 orang. Menurut MoH, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 764 dilaporkan dalam…

Read More

1,019 kes baharu di Filipina

MANILA 22 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,019 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini, kurang sedikit berbanding 1,427 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,654,284 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 13 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,776 orang meninggal dunia atau 1.53 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,988 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 3,541,840 orang atau 96.9 peratus daripada keseluruhan kes Sebanyak 56,668 kes aktif dilaporkan, berkurangan berbanding semalam 58,657 kes. Sementara…

Read More

Hari kelima lepasi 18,000 kes

BANGKOK 22 Feb. – Hari kelima berturut-turut, Thailand terus merekodkan angka jangkitan harian 18,000 apabila merekodkan 18,363 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,749,561. Sebanyak 18,205 kes baharu itu melibatkan penduduk awam, 31 dalam kalangan penghuni penjara dan 127 kes import manakala 15,651 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,557,796 kes. Mengikut rekod, Thailand sebelum ini merekodkan 18,066 kes pada 18 Februari lalu diikuti 18,885 (19 Feb.), 18,953 (20 Feb.) dan semalam 18,883. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 35 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

Brunei Darussalam lepasi 3,000 kes

BERAKAS 22 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus melonjak melepasi angka 3,000 hari ini apabila merekodkan 3,251 kes, yang tertinggi dicatatkan setakat ini. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Brunei Darussalam setakat ini adalah sebanyak 41,049. Katanya, satu kematian pesakit Covid-19 juga dilaporkan disebabkan beberapa masalah kesihatan dan tidak dikategorian sebagai kematian akibat Covid-19. Ini bermakna jumlah kematian kekal 61. Sebanyak lapan kes Covid-19 sekarang berada dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan…

Read More

346 kluster pendidikan masih aktif

PUTRAJAYA 22 Feb. – Sebanyak 367 kluster pendidikan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dalam tempoh awal tahun ini hingga Sabtu lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau memberitahu, trend mingguan kluster pendidikan menunjukkan peningkatan ketara daripada Minggu Epidemiologi (ME) 1/2022 hingga ME 7/2022. “Terdapat trend penurunan pada ME 5/2022 disebabkan cuti perayaan Tahun Baharu Cina, namun trend ini dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 dengan peningkatan kes ketara di seluruh negara,” katanya hari ini. Dalam kenyataannya, beliau bagaimanapun memberitahu,…

Read More

Malaysia catat 25,099 kes baharu

PUTRAJAYA 22 Feb. – Jumlah kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan dengan 25,099 jangkitan baharu dilaporkan, semalam, berbanding 26,832 kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jangkitan baharu itu membabitkan 25,014 penularan tempatan dan 85 kes import yang menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 3,246,779 kes. Jangkitan baharu itu meliputi 100 kes (0.4 peratus) dalam Kategori 3, 4, dan 5, manakala 24,999 lagi (99.6 peratus) Kategori 1 serta 2. Daripada 100 kes Kategori 3, 4, dan 5 pula, 25 membabitkan individu tidak…

Read More