Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 22 Feb. – Selepas merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian Covid-19 selama beberapa hari, Arab Saudi hari ini mencatatkan penurunan kepada 841 berbanding 1,052 yang dilaporkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam dua kematian.

Berikutan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 741,237 dengan jumlah kematian pula sebanyak 8,987 orang.

Sebanyak 1,922 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah sembuh meningkat kepada 715,514 orang.

Menurut MoH, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 764 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, sebanyak 60,460,532 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara itu.

Pihak berkuasa negara itu menawarkan dos penggalak kepada mereka yang pulih daripada Covid-19 dan tiga bulan selepas mengambil dos kedua.

Related posts

Leave a Comment