50 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Sept. – Arab Saudi hari ini merekodkan 50 kes baharu Covid-19, berbanding 59 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 547,035 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,709 kematian.

Sebanyak 53 orang pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 536,079 orang.

Kes tertinggi direkodkan di Al Baha sebanyak 67.6 peratus daripada keseluruhan kes diikuti Riyadh 66.9 peratus.

Dalam kalangan kes aktif, sebanyak 227 kes dalam keadaan kritikal

Related posts

Leave a Comment