Hari kelima lepasi 18,000 kes

BANGKOK 22 Feb. – Hari kelima berturut-turut, Thailand terus merekodkan angka jangkitan harian 18,000 apabila merekodkan 18,363 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,749,561.

Sebanyak 18,205 kes baharu itu melibatkan penduduk awam, 31 dalam kalangan penghuni penjara dan 127 kes import manakala 15,651 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,557,796 kes.

Mengikut rekod, Thailand sebelum ini merekodkan 18,066 kes pada 18 Februari lalu diikuti 18,885 (19 Feb.), 18,953 (20 Feb.) dan semalam 18,883.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 35 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22,691 kematian.

Bangkok merekodkan lapan kematian di samping dua lagi di Pathum Thani dan Samut Prakan, serta Rayong (3), Lop Buri (1), Saraburi (1) dan Suphan Buri (1).

Di wilayah utara, lapan kes Iaitu Roi Et (3), Bung Kan (2), Buri Ram (1), Si Sa Ket (1) dan Sakon Nakhon (1), di Selatan lima kes – Phuket (2), Krabi (2) dan Phangnga (1).

Enam kes di wilayah Utara iaitu Chiang Mai (4), Mae Hong Son (1) dan Sukhothai (1).

Bangkok turut merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,638, diikuti Chon Buri 929, Samut Prakan 887, Nonthaburi 792 , Nakhon Si Thammarat 741, Nakhon Ratchasima 716, Phuket 660, Samut Sakhon 593, Nakhon Pathom 479 dan Surin 425.

Sebanyak 127 kes import termasuk 49 dari Rusia, lapan masing-masing dari United Kingdom dan Ukraine, tujuh dari Jerman dan lima dari Singapura.

Related posts

Leave a Comment