Indonesia catat 57,491 kes baharu

JAKARTA 22 Feb. – Indonesia merekodkan 57,491 kes baharu Covid-19 hari ini yang meliputi 56,754 kes tempatan dan 737 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,289,414 kes.

Kes aktif pula bertambah sebanyak 18,760 dan kumulatifnya 549,431 kes.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan dengan 38,474 orang sembuh iaitu 38,297 kes tempatan dan 177 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,593,185 orang pulih daripada jangkitan.

Sebanyak 257 kematian baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 146,798 orang meninggal dunia.

Jawa Barat merekodkan tambahan kes positif tertinggi iaitu 13,658 menjadikan jumlah keseluruhan 945,685 diikuti Jawa Timur 7,569 (502,047), Jakarta 5,208 (1,140,233), Jawa Tengah 4,219 (547,098) dan Banten 3,954 (250,679).

Terdapat lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 9,500 menjadikan jumlah keseluruhan 1,065,552 diikuti Jawa Barat 5,976 (753,100), Jawa Timur 5,756 (438,470), Banten 5,616 (181,668) dan Jawa Tengah 3,272 (477,259).

Lima provinsi yang merekodkan kematian tertinggi adalah Jawa Tengah 64 dengan kumulatifnya 30,704, diikuti Jawa Timur 43 kes (30,092),  Jakarta 33 kes (14,414), Bali 23 (4,322) serta Jawa Barat 18 kes (14,943).

Mengenai vaksinasi, jumlah penerima dos pertama bertambah sebanyak 191,776 menjadikan jumlah 189,885,858 manakala dos kedua bertambah 621,930 menjadikan 141,042,401 orang menerima vaksin itu.

Sebanyak 218,650 orang lagi menerima dos ketiga menjadikan jumlah keseluruhan 8,712,274 orang.

Related posts

Leave a Comment