1,019 kes baharu di Filipina

MANILA 22 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,019 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini, kurang sedikit berbanding 1,427 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,654,284 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 13 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,776 orang meninggal dunia atau 1.53 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,988 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 3,541,840 orang atau 96.9 peratus daripada keseluruhan kes

Sebanyak 56,668 kes aktif dilaporkan, berkurangan berbanding semalam 58,657 kes.

Sementara itu, DoH menjelaskan, daripada 1,019 kes yang dilaporkan hari ini, 982 (96%) berlaku dalam tempoh 14 hari (9 Februari – 22 Februari 2022).

Dalam 13 kematian, enam berlaku pada Februari 2022 (46%), lima pada Januari 2022 (38%), satu pada Oktober 2021 (8%), dan satu pada September 2021 (8%).

Related posts

Leave a Comment