Peningkatan kes harian di Saudi

RIYADH 18 Jan. – Arab Saudi terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan mencatatkan 5,873 berbanding 5,505 semalam dengan jumlah kematian pula dua orang, sama seperti semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 626,808 orang dengan jumlah kematian pula 8,910. Daripada jumlah kes harian itu, Riyadh mencatatkan 1,911 kes diikuti Jeddah 723, Makkah 384, Hofuf 168, Madinah 157, Taif 143, Dammam 135, Abha 134 dan Jazan 107 sementara bandar lain kurang 100 kes. Sebanyak 4,535 orang pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 573,831 orang. Dalam kalangan kes aktif pula,…

Read More

Thailand catat 6,397 kes baharu

BANGKOK 18 Jan. – Sebanyak 18 lagi kematian direkodkan di Thailand berbanding 13 semalam dengan jumlah kes harian pula turun kepada angka 6,397 berbanding semalam sebanyak 6,929. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,337,811 kes dan kematian pula meningkat kepada 21,956 orang. Bangkok merekodkan tiga kematian, Kanchanaburi (1), Chanthaburi (1), Sa Kaeo (1), Suphan Buri (1), Phatthalung (2), Krabi (1), Chumphon (1), Phangnga (1), Songkhla (1)  Satun (1), Tak (2), Phrae (1) dan Phitsanulok (1). Daripada jumlah kes baharu, 6,222 kes penduduk awam, 10 penghuni penjara dan 165 kes import. Bangkok merekodkan…

Read More

RFID : Ubahlah secara ‘berhemah’

DI kawasan perumahan saya, Laman 2 Bandar Seri Putra, dekat Kajang, keluar masuk di pintu kawalan keselamatan bagi penduduk dan pelawat menggunakan empat kaedah. Pertama, kad akses tanpa sentuh (umpama Smart Tag), kedua turun kenderaan (penduduk tidak bayar yuran) tekan butang palang,  ketiga sistem ala RFID (dikenali UHFID) dan keempat  palang ‘dibuka’ oleh pengawal (Pelawat/Grab/Panda/urusan pos). Maknanya, sistem ala RFID (Radio Frequency IDentification) juga digunakan di kawasan perumahan awam bagi kemudahan dan keselesaan penduduk yang menjelaskan yuran keahlian. Setiap satu UHFD berharga RM30. Bezanya ‘gate palang’ persatuan penduduk memberi empat…

Read More

28,471 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan penurunan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 28,471 kes berbanding 37,070 yang dilaporkan semalam. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes di Filipina meningkat kepada 3,270,758. Sebanyak 34 lagi individu meninggal dunia, meningkat sedikit berbanding 23 kematian semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 52,962 Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 34,892 orang berbanding 33,940 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,933,338 orang pulih atau 89.7 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 8.7 peratus atau…

Read More

Peningkatan semula kes baharu

PUTRAJAYA 18 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-18 kembali melebihi angka 3,000 apabila merekodkan 3,245 kes baharu setakat pukul 12 tengah hari ini. Angka itu jelas menunjukkan peningkatan semula kes berbanding 2,342 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan sebanyak 2,813,934 kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan di negara ini setakat ini. Sejak 11 Januari lalu, angka jangkitan melebihi 3,000 kes dengan angka tertinggi direkodkan pada 13 Januari lalu dengan merekodkan 3,684 kes.

Read More

Solat Jumaat di Selangor ikut kapasiti

SHAH ALAM 18 Jan. – Mulai 21 Januari ini, semua masjid dan surau, yang mendapat kebenaran Solat Jumaat di negeri ini boleh menggunakan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah bagi menunaikan solat Jumaat. Kebenaran itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan jarak antara satu jemaah dengan jemaah yang lain ditetapkan pada jarak 1.0 meter. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata, satu surat ketetapan mengenainya akan dikeluarkan dan diedarkan oleh jabatan ini kepada kesemua masjid dan surau terlibat dalam tempoh terdekat. Beliau berkata…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.98 berbanding 1.00 pada hari sebelumnya. Lima negeri merekodkan kadar 1.00 dan lebih didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.06, Negeri Sembilan 1.05, Melaka 1.04, Sabah 1.04 dan Selangor 1.00. Ini diikuti Johor 0.99 sementara enam negeri merekodkan kadar di bawah 0.98 iaitu Kedah 0.97, Pahang 0.95, Pulau Pinang 0.95, Perak 0.94, Kelantan 0.90 dan Terengganu 0.78. Sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 14 kes, diikuti Sarawak sembilan kes, Perlis lapan dan Wilayah Persekutuan Labuan tiga…

Read More

Dos keempat belum berkesan

BAITULMUQADDIS 18 Jan. – Kajian awal Israel menunjukkan suntikan dos keempat vaksin Covid-19 merangsang jumlah antibodi yang lebih tinggi berbanding suntikan ketiga tetapi ia tidak cukup untuk mencegah jangkitan Omicron.  Pusat Perubatan Sheba di Israel memberi suntikan dos penggalak yang kedua dalam satu percubaan dalam kalangan kakitangan mereka. Ia sedang mengkaji kesan dos penggalak Pfizer yang diberikan kepada seramai 154 orang selepas dua minggu dan dos penggalak Moderna kepada seramai 120 orang selepas satu minggu. Kelompok Moderna sebelum itu sudah menerima suntikan tiga dos vaksin Pfizer, menurut hospital tersebut.  Pengarah…

Read More

9.6 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 18 Jan. – Sebanyak 237,703 dos penggalak diberikan semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 9,609,454 orang atau 29.4 peratus daripada populasi dewasa.. Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 78.6 peratus atau 25,681,131 daripada populasi keseluruhan telah lengkap vaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,047,947 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Menurut data itu lagi, sebanyak 97.8 peratus atau 22,906,072 orang dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 99.0 peratus atau 23,185,749 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, sebanyak 88.2 peratus atau 2,775,059 telah melengkapkan dua dos…

Read More