Singapura lapor 4,481 kes baharu

SINGAPURA 31 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,481 kes baharu Covid-19 dan satu kematian di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,241 adalah kes tempatan manakala 240 lagi adalah kes import. Dengan perkembangan ini, jumlah kes terkumpul sejak pandemik melanda adalah sebanyak 352,811 dengan jumlah kematian pula 856. Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 2,955 kes terdiri daripada 15 kes import dan 2,940 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai…

Read More

8,008 kes baharu di Thailand

BANGKOK 31 Jan. – Thailand merekodkan 16 kematian dan 8,008 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Angka itu menunjukkan peningkatan kes kematian dengan 16 kes dilaporkan hari ini berbanding 12 semalam. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Taweesilp Visanuyothin, berkata, kes kematian melibatkan individu berusia antara 59 dan 99 tahun. Terdapat 7,828 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 14 melibatkan penghuni penjara dan 166 kes import. Bangkok masih mendahului dengan 1,298 kes, diikuti Samut Prakan 784, Chon Bur 466, Nonthaburi 449, Phuket 393, Pathum Thani 206, Nakhon Ratchasima 203, Si Sa…

Read More

Kes harian di Arab Saudi lepasi 4,000

RIYADH 31 Jan. – Selepas dua hari bertahan dengan jumlah kes di bawah angka 4,000, Arab Saudi hari ini merekodkan 4,211 kes baharu Covid-19 berbanding 3,669 semalam dan 3,913 pada hari sebelumnya. Dalam tempoh 24 jam, Kementerian Kesihatan juga melaporkan empat kematian berbanding tiga kes semalam dan dua sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 687,264 orang dengan kematian meningkat kepada 8,940 orang. Riyadh mendahului kes jangkitan dengan merekodkan 1,507 kes diikuti Jeddah 295, Dammam 224, Hofuf 180, Makkah 137 in Makkah dan Abha 118 manakala bandar lain kurang…

Read More

Filipina catat 14,546 kes baharu

MANILA 31 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 14,546 kes baharu Covid-19, jumlah yang lebih rendah berbanding 16,953 yang direkodkan semalam. Menurut DoH, sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 112 lagi individu dilaporkan meninggal dunia. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 3,560,202 manakala jumlah kematian pula 54,003 orang. DoH juga merekodkan 26,500 kes sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pesakit pulih meningkat kepada 3,315,381 atau 93.1 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 5.4 peratus atau 190,818 daripada keseluruhan kes adalah kes aktif.

Read More

Kes harian turun sedikit

PUTRAJAYA 31 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 4,774 kes berbanding 4,915 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah baharu itu menyumbang kepada jumlah keseluruhan 2,870,758 kes setakat ini di Malaysia. Ini merupakan hari kedua jumlah kes harian di bawah 5,000 setelah tiga hari sebelum itu mencatatkan lebih 5,000 kes. Sementara itu, jumlah kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan setakat semalam pula adalah lapan kes menjadikan jumlah kumulatif 31,965 kematian. Dalam perkembangan sama, kes membabitkan Brought in Dead pula adalah satu…

Read More

Caj RM1 transaksi ATM mulai 1 Feb.

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikuatkuasakan semula mulai esok. Beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial mereka pada pertengahan Disember tahun lalu. Dalam makluman di media sosial, Maybank menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula. “Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” kata bank itu. Sebelum ini, kerajaan…

Read More

77,493 lagi dapat dos penggalak

PUTRAJAYA 31 Jan. – Sebanyak 77,493 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 11,889,785 orang atau 36.4 peratus daripada penduduk dewasa telah mendapatkan dos berkenaan setakat ini. Bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.7 peratus atau 25,712,141 telah melengkapkan dua dos manakala 79.8 peratus atau 26,068,902 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sehingga semalam juga, 97.9 peratus atau 22,924,199 individu daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1 peratus atau 23,201,317 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Di samping itu, 88.6 peratus atau 2,787,942 daripada kumpulan remaja telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 91.1 peratus atau…

Read More

Lonjakan kes baharu Indonesia

JAKARTA 30 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus melonjak hari ini dengan merekodkan 12,422, angka tertinggi direkodkan dalam tempoh lima bulan lalu berbanding 11,588 yang direkodkan semalam. Kali terakhir kes harian melebihi 12,000 ialah pada 27 Ogos 2021 dengan mencatatkan 12,618. Dalam tempoh yang sama, terdapat 18 kematian baharu direkodkan. Dengan perkembangan ini  jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,343,185 dengan kes aktif sebanyak 61,718 manakala jumlah kematian pula 144,303. Kes jangkitan ini meliputi 31 wilayah dan tercatat tiga provinsi yang tidak mengalami penambahan kes baharu Covid-19 iaitu…

Read More