28,471 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan penurunan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 28,471 kes berbanding 37,070 yang dilaporkan semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes di Filipina meningkat kepada 3,270,758.

Sebanyak 34 lagi individu meninggal dunia, meningkat sedikit berbanding 23 kematian semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 52,962

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 34,892 orang berbanding

33,940 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,933,338 orang pulih atau 89.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 8.7 peratus atau 284,458 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment