Thailand catat 6,397 kes baharu

BANGKOK 18 Jan. – Sebanyak 18 lagi kematian direkodkan di Thailand berbanding 13 semalam dengan jumlah kes harian pula turun kepada angka 6,397 berbanding semalam sebanyak 6,929.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,337,811 kes dan kematian pula meningkat kepada 21,956 orang.

Bangkok merekodkan tiga kematian, Kanchanaburi (1), Chanthaburi (1), Sa Kaeo (1), Suphan Buri (1), Phatthalung (2), Krabi (1), Chumphon (1), Phangnga (1), Songkhla (1)  Satun (1), Tak (2), Phrae (1) dan Phitsanulok (1).

Daripada jumlah kes baharu, 6,222 kes penduduk awam, 10 penghuni penjara dan 165 kes import.

Bangkok merekodkan 753 kes diikuti Samut Prakan 598, Chon Buri 556, Phuket 348, Nonthaburi 281, Khon Kaen 274, Ubon Ratchathani 171, Chiang Mai 155, Nakhon Ratchasima 153, dan Pathum Thani 148.

Pada Khamis sebanyak 81,952 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 534 dalam keadaan serius dan 114 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 6,637 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,233,903.

Related posts

Leave a Comment