Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.98 berbanding 1.00 pada hari sebelumnya.

Lima negeri merekodkan kadar 1.00 dan lebih didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.06, Negeri Sembilan 1.05, Melaka 1.04, Sabah 1.04 dan Selangor 1.00.

Ini diikuti Johor 0.99 sementara enam negeri merekodkan kadar di bawah 0.98 iaitu Kedah 0.97, Pahang 0.95, Pulau Pinang 0.95, Perak 0.94, Kelantan 0.90 dan Terengganu 0.78.

Sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 14 kes, diikuti Sarawak sembilan kes, Perlis lapan dan Wilayah Persekutuan Labuan tiga kes.

Related posts

Leave a Comment