ISTANBUL – Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata baharu di Gaza yang dikemukakan Mesir dan Qatar, dengan harapan Israel tidak akan menghalang pelaksanaannya.
“Kami menerima cadangan daripada saudara-saudara kami di Mesir dan Qatar yang menjadi perantara rundingan ini.
“Kami menyambut baik cadangan ini dan menerimanya. Kami berharap pihak penjajah tidak akan mensabotaj atau menggagalkan usaha para perantara,” kata Ketua Hamas di Gaza, Khalil al-Hayya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung sempena Aidilfitri.
Al-Hayya tidak mendedahkan butiran cadangan itu, tetapi laporan antarabangsa menyebut bahawa Mesir dan Qatar telah mencadangkan satu perjanjian gencatan senjata yang membolehkan fasa kedua pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel dilaksanakan selepas tempoh bertenang.
Kami telah memenuhi segala komitmen kami dan bekerjasama dengan perantara untuk memastikan Israel mematuhi janjinya.