9.6 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 18 Jan. – Sebanyak 237,703 dos penggalak diberikan semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 9,609,454 orang atau 29.4 peratus daripada populasi dewasa..

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 78.6 peratus atau 25,681,131 daripada populasi keseluruhan telah lengkap vaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,047,947 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Menurut data itu lagi, sebanyak 97.8 peratus atau 22,906,072 orang dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 99.0 peratus atau 23,185,749 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 88.2 peratus atau 2,775,059 telah melengkapkan dua dos dan 91.0 peratus atau 2,862,198 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 242,705 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 61,135,763.

Related posts

Leave a Comment