Peningkatan kes harian di Saudi

RIYADH 18 Jan. – Arab Saudi terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan mencatatkan 5,873 berbanding 5,505 semalam dengan jumlah kematian pula dua orang, sama seperti semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 626,808 orang dengan jumlah kematian pula 8,910.

Daripada jumlah kes harian itu, Riyadh mencatatkan 1,911 kes diikuti Jeddah 723, Makkah 384, Hofuf 168, Madinah 157, Taif 143, Dammam 135, Abha 134 dan Jazan 107 sementara bandar lain kurang 100 kes.

Sebanyak 4,535 orang pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 573,831 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 454 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment