Peningkatan semula kes baharu

PUTRAJAYA 18 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-18 kembali melebihi angka 3,000 apabila merekodkan 3,245 kes baharu setakat pukul 12 tengah hari ini.

Angka itu jelas menunjukkan peningkatan semula kes berbanding 2,342 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan sebanyak 2,813,934 kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan di negara ini setakat ini.

Sejak 11 Januari lalu, angka jangkitan melebihi 3,000 kes dengan angka tertinggi direkodkan pada 13 Januari lalu dengan merekodkan 3,684 kes.

Related posts

Leave a Comment