10,059 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 28 Ogos – Indonesia merekodkan 10,059 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,066,404.dengan kes aktif  227,182. Berdasarkan data pemerintah, Jawa Timur merekodkan Jawa Timur 1,079, Jawa Barat 956, Jawa Tengah 749, Sumatera Utara 741, dan Yogyakarta 525 . Kes sembuh dari Covid-19 pula bertambah sebanyak 18,594 dan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 3,707,850 orang. Jumlah kematian turut merekodkan peningkatan kepada 131,372 orang berikutan 591 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, jumlah penduduk yang sudah divaksinasi mencapai 61,222,258 orang iaitu 29.40 peratus daripada sasaran…

Read More

Kes baharu di Saudi turun

RIYADH 28 Ogos – Tiga hari berturut-turut, Arab Saudi merekodkan kes jangkitan Covid-19 di bawah 300 menjadikan jumlah keseluruhan 543,796 kes. Semalam Arab Saudi merekodkan 244 kes, sebelum itu 290 dan dua minggu lalu 600 kes sebelum turun kepada 569 (17 Ogos) dan 409 (21 Ogos). Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,526 kes. Sebanyak 409 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 531,733 orang pulih. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 67, diikuti Makkah 56, Jazan 22, dan Qassim…

Read More

83 kes, dua kluster baharu Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 28 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 82 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,462 kes. Menteri Kesihatan Dr Mohd Isham Jaafar berkata, dua kluster baharu  dilaporkan iaitu Kluster 2155 dengan sembilan kes dan Kluster 2230 sebanyak empat kes. Bercakap pada sidang media status terkini jangkitan Covid-19, beliau berkata terdapat 45 kluster aktif dan hari ini 43 kes terkait dengan sembilan kluster aktif. Sebanyak 28 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan. Kes sembuh pula meningkat kepada 664 selepas 51 lagi pesakit…

Read More

17,984 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Ogos – Sebanyak 292 kematian dan 17,984 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Bangkok merekodkan 119 kematian. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 10,879 orang dan 1,157,555 kes jangkitan. Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 17,660 melibatkan orang awam dan 324 dalam kalangan banduan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19;(CCSA), kes kematian melibatkan mereka yang berumur 24-100, atau purata 70 tahun, di mana 157 adalah lelaki. Sebanyak 287 kes melibatkan warga Thai, dua dari Myanmar dan Kemboja dan seorang dari China. Dalam tempoh 24 jam sebanyak…

Read More

17,345 kes tiada, tidak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 Ogos – Malaysia merekodkan 22,597 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan kes ketika ini sebanyak 1,685,510 kes.dengan kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 268,548. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 22,585 kes tempatan, sebanyak 18,677 adalah warganegara dan 3,908 bukan warganegara manakala 12 kes import melibatkan tiga warganegara dan baki bukan warganegara. Daripada jumlah 22,597 kes baharu, 141 kes adalah Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator) di mana 86.5 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi; Kategori 4 (perlu bantuan oksigen) 101 kes, (78.2% tiada/tidak…

Read More

121 kes, tiga kematian di Singapura

SINGAPURA 28 Ogos – Sebanyak 113 kes tempatan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini di samping lapan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 67,171 kes Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 25 kes berhubung kait dengan kelompok Bugis Junction. Sebanyak 32 kes mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikuarantin, 27 kes dikesan menerusi ujian pemantauan manakala 29 jangkitan tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan kes sebelumnya. Selain itu, terdapat lapan kes import yang sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.…

Read More

1Malaysia kepada Keluarga Malaysia

BIAR apa pun label diberikan terhadap Kabinet baharu yang dipimpin oleh Ismail Sabri Yaakob, mereka yang diberi amanah perlu memikul tanggungjawab yang diberi untuk kepentingan keluarga Malaysia atau rakyat Malaysia. Jawatan yang diberi bukan untuk bermegah atau sekadar memenuhi tuntutan atau kuota parti yang diwakili walaupun tradisi politik Malaysia masih ada yang begitu – jawatan diagih ikut status quo, berjawatan di dalam parti atau ikut senioriti. Namun mungkin situasi ini sudah mula berubah apabila hanya seorang dua presiden parti berada di dalam Kabinet – itu pun bersebab – malahan mereka…

Read More

19,441 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 28 Ogos – Filipina hari ini merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 sejak pandemik bermula dengan mencatatkan 19,441 mengatasi rekod sebelum ini 18,332 pada 23 Ogos lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,935,700. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), lonjakan itu berlaku didorong oleh penularan pantas varian Delta. DoH setakat pukul 4 petang ini juga merekodkan kes pesakit sembuh yang hampir menyamai  kes positif iaitu sebanyak 19,191 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,760,013 atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, DoH turut merekodkan 142,679 kes aktif atau 7.4 peratus, meningkat sedikit…

Read More

Perlis tambah kes, Selangor teratas

PUTRAJAYA 28 Ogos – Perlis terus menambah kes jangkitan Covid-19 sementara sembilan negeri merekodkan empat angka yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes negara hari ini sebanyak 22,597, berbanding 22,070 semalam. Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan 5,814 kes berbanding 5,920 kes semalam manakala Perlis yang merekodkan 76 kes semalam melaporkan 98 kes baharu hari ini mengatasi angka di Putrajaya (48) dan Labuan (5). Sabah masih merekodkan kes harian yang tinggi, 2,834 walaupun turun sedikit berbanding 3,010 semalam. Ini diikuti Sarawak 2,427 berbanding 2,224 semalam, Kedah 2,162 (2,072),Pulau Pinang 1,920 (1,829),…

Read More

Keluarga Singapura terima kit ART

SINGAPURA 28 Ogos – Setiap keluarga akan menerima satu bungkusan yang mengandungi enam kit ujian pantas antigen (ART) kendiri mulai hari ini sehingga 27 September menerusi SingPost. Langkah itu sebagai sebahagian daripada strategi Singapura untuk mempergiat usaha menjalankan ujian Covid-19. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam usaha kerajaan beralih secara bertahap ke arah sebuah negara berdaya bingkas dalam menentang Covid-19, masyarakat akan memainkan lebih banyak peranan dalam menangani pandemik. “Satu teras utama adalah untuk mengamalkan tanggungjawab sosial dengan menjalankan ujian kendiri dan memantau status kesihatan masing-masing,” kata MoH. Selain pengagihan itu…

Read More