17,984 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Ogos – Sebanyak 292 kematian dan 17,984 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Bangkok merekodkan 119 kematian.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 10,879 orang dan 1,157,555 kes jangkitan.

Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 17,660 melibatkan orang awam dan 324 dalam kalangan banduan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19;(CCSA), kes kematian melibatkan mereka yang berumur 24-100, atau purata 70 tahun, di mana 157 adalah lelaki.

Sebanyak 287 kes melibatkan warga Thai, dua dari Myanmar dan Kemboja dan seorang dari China.

Dalam tempoh 24 jam sebanyak 20,535 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 964,319 orang pulih.

Terdapat tujuh kes import direkodkan iaitu ketibaan dari Israel (1), Kemboja (1) dan Myanmar (5) di mana melibatkan lelaki Belanda, dua warga Thai dan empat lelaki Myanmar.

Setakat Jumaat, sebanyak 182,357 pesakit masih di hospital di mana 5,109 kritikal dan 1,069 memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 30.42 juta dos telah disuntik dengan 10.8 peratus penduduk mendapat vaksinasi penuh dan 34 peratus sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment