Perlis tambah kes, Selangor teratas

PUTRAJAYA 28 Ogos – Perlis terus menambah kes jangkitan Covid-19 sementara sembilan negeri merekodkan empat angka yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes negara hari ini sebanyak 22,597, berbanding 22,070 semalam.

Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan 5,814 kes berbanding 5,920 kes semalam manakala Perlis yang merekodkan 76 kes semalam melaporkan 98 kes baharu hari ini mengatasi angka di Putrajaya (48) dan Labuan (5).

Sabah masih merekodkan kes harian yang tinggi, 2,834 walaupun turun sedikit berbanding 3,010 semalam.

Ini diikuti Sarawak 2,427 berbanding 2,224 semalam, Kedah 2,162 (2,072),Pulau Pinang 1,920 (1,829), Johor 1,896 (1,809), Kelantan 1,289 (1,051), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,111 (1,068) dan Perak 1,061 (939).

Terengganu merekodkan 739 kes berbanding 488 semalam diikuti Pahang 579 (610), Negeri Sembilan 345 (338), Melaka 269 (589), dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 48 berbanding 39 semalam.

Sehingga 28 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,597 kes (1,685,510 kes).

Related posts

Leave a Comment