10,059 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 28 Ogos – Indonesia merekodkan 10,059 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,066,404.dengan kes aktif  227,182.

Berdasarkan data pemerintah, Jawa Timur merekodkan Jawa Timur 1,079, Jawa Barat 956, Jawa Tengah 749, Sumatera Utara 741, dan Yogyakarta 525 .

Kes sembuh dari Covid-19 pula bertambah sebanyak 18,594 dan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 3,707,850 orang.

Jumlah kematian turut merekodkan peningkatan kepada 131,372 orang berikutan 591 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, jumlah penduduk yang sudah divaksinasi mencapai 61,222,258 orang iaitu 29.40 peratus daripada sasaran sebanyak 208,265,720 orang.

Setakat ini, 34,702,821 orang sudah melengkapi dua dos.

Related posts

Leave a Comment