83 kes, dua kluster baharu Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 28 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 82 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,462 kes.

Menteri Kesihatan Dr Mohd Isham Jaafar berkata, dua kluster baharu  dilaporkan iaitu Kluster 2155 dengan sembilan kes dan Kluster 2230 sebanyak empat kes.

Bercakap pada sidang media status terkini jangkitan Covid-19, beliau berkata terdapat 45 kluster aktif dan hari ini 43 kes terkait dengan sembilan kluster aktif.

Sebanyak 28 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Kes sembuh pula meningkat kepada 664 selepas 51 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini bermakna terdapat 1,788 kes aktif di Brunei Darussalam.

Dr Mohd Isham juga memaklumkan sebanyak enam kes dalam keadaan kritikal di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan dan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Related posts

Leave a Comment