Kes baharu di Saudi turun

RIYADH 28 Ogos – Tiga hari berturut-turut, Arab Saudi merekodkan kes jangkitan Covid-19 di bawah 300 menjadikan jumlah keseluruhan 543,796 kes.

Semalam Arab Saudi merekodkan 244 kes, sebelum itu 290 dan dua minggu lalu 600 kes sebelum turun kepada 569 (17 Ogos) dan 409 (21 Ogos).

Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,526 kes.

Sebanyak 409 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 531,733 orang pulih.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 67, diikuti Makkah 56, Jazan 22, dan Qassim 22 kes.

Kes aktif pula sebanyak 3,537 kes dan 978 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment